2021年6月8日星期二

TOPIK : PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT

 Aspek Kesihatan

  • Perkhidmatan Kesihatan Pergigian
  • Kelab Doktor Muda
  • Program Minda Sihat
  • Program Kotak 
  • Pemerikasaan Sekolah Bebas Pembiakan Nyamuk
  • My Body Fit and Fabulous (MYBFF)
  • Penggredan Kantin Sekolah
Aspek Fasiliti atau Garis Panduan Keselamatan
  • Kamera Litar Tertutup (cctv)
  • Alat Pemadam Api & Pili Bomba
  • Jejantas
  • Pondok/Wakaf
  • Kelengkapan Bilik Darjah
  • Penutup Longkang
  • Pintu Sekolah Ditutup Dengan Rapi
  • Menyediakan Pelan Kecemasan Pada Setiap Sudut
  • Mempamerkan Tanda-tanda Amaran Bahaya
  • Safety Campaign
  • Aspek Kawalan Keselamatan Sekolah
  • Menyediakan Prasarana Dan Kawasan Sekolah
        Nama saya Adeline Tiong dan saya adalah berasal dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta kursus yang saya ambil ialah Bahasa Cina dengan Pendidikan. Berdasarkan nota yang telah disediakan, saya telah mempelajari pengurusan sekolah selamat kerana Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai matlamat untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan satu pertiga teratas dalam kalangan negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik dunia.  Sekolah yang selamat secara amnya ialah suatu tempat yang dapat mewujudkan suasana iklim pembelajaran yang selesa dan terhindar dari persekitaran yang berbahaya. Selain itu, faktor keselamatan dan kebajikan amat dititikberatkan oleh pelbagai pihak kerana di bawah panji agenda sekolah selamat yang mana sistem keselamatan sekolah menjadi tunjang utama langkah bagi menjayakan program "Sekolah Selamat". Oleh itu, para guru dan murid sepatutnya mendapat tempat belajar dan bekerja yang selesa kerana ini merupakan salah satu faktor keberhasilan kepada mereka untuk menghasilkan inovasi idea kelas pertama yang akan mencapai tahap dunia pendidikan negara.

2021年6月4日星期五

TAJUK : PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

 Faktor Luaran Dan Dalaman Sekolah

  • Sekolah - pihak pentadbir,guru dan murid
  • Pihak Luar - sekolah, ibu bapa dan komuniti dalam masyarakat
  • Hubungan Antara Faktor - kelas sosial, etnik dan jantina
Faktor Yang Menyebabkan Persekitaran Sekolah Adalah Amat Penting Untuk Dijaga Semasa Mereka Beradi Di Sekolah
  • Mengelakkan wabak penyakit yang berbahaya
  • Aktiviti luar kelas lebih selamat
  • Menjaga nama baik sekolah
Bagaimanakah Persekitaran Menjadi Salah Satu Faktor Pengaruh Kepada Pelajar Ketika Mereka Belajar Di Dalam Sekolah ?
  • Persekitaran Fizikal
  • Sumbangan Daripada Alumni Sekolah
  • Mengadakan Lawatan Ke Universiti
Cara Yang Efektif Bagi Memastikan Persekitaran Sekolah Itu Lebih Kondusif
  • Menjalankan Program 3k
  • Menambahbaik Kemudahan Yang Sedia Ada
  • Penggunaan Teknologi Telekomunikasi Dan Maklumat
Peranan Pihak Sekolah Kepada Masyarakat
  • Proses Sosiolisasi
  • Pendidikan Dan Latihan
  • Persediaan Untuk Pekerjaan
  • Mengawasi Pelajar
        Nama saya Adeline Tiong dan saya adalah berasal dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta kursus yang saya ambil ialah Bahasa Cina dengan Pendidikan. Berdasarkan nota yang telah disediakan, saya telah mempelajari pengurusan sekolah dan persekitaran seperti persekitaran yang baik dapat meransang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmu. Oleh itu, prasarana yang lengkap dapat memudahkan murid-murid dan guru dalam proses PdP. Persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai dalam norma masyarakat. Kewujudan muafakat antara masyarakat dan pihak sekolah di samping             membantu meningkatkan perkembangan pelajar. 

TAJUK : PENGURUSAN PUSAT SUMBER

Impak Yang Diberikan Oleh Pengurusan Sumber Kepada Imej Sesebuah Sekolah

  • Proses Pengajaran dan Pembelajaran Berjalan Dengan Baik
  • Peningkatan Kualiti Pencapaian Akademik Di Sekolah
  • Meningkatkan Tahap Pembacaan Murid-murid

Kesan Jika Pengurusan Pusat Sumber Dan ICT Tidak Dibudayakan Di Dalam Kalangan Pelajar

  • Kemahiran maklumat dan literasi maklumat tidak dapat diaplikasi di Sekolah sekiranya tahap pembacaan di kalangan guru-guru dan para pelajar adalah rendah
  • Kurangnya kesedaran budaya membaca di dalam kalangan pelajar
  • Pelajar-pelajar tidak terdedah kepada persekitaran yang baharu selain persekitaran di dalam kelas sahaja
  • Menyukarkan urusan guru-guru untuk memuat naik atau memuat turun bahan rujukan dan maklumat di dalam talian
Cara Mengatasi Kelemahan Pengurusan Sumber Di Sekolah
  • Penubuhan AJK dan perlantikan kakitangan
  • Latihan dan bengkel untuk kakitangan
  • Mewujudkan rekod pengiliran dan pinjman
Usaha Dalam Menjadikan Pusat Sumber Terus Relevan Menjadi Tempat Sumber Bacaan
  • Program Membaca 15 minit
  • Pertandingan Nilam
  • Menghantar Buku Ke Setiap Kelas
  • Mengubahsuai Pusat Sumber Kepada Pusat Sumber Abad-21
  • Sentiasa Memperbaharui Bahan Bacaan
       Nama saya Adeline Tiong dan saya adalah berasal dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta kursus yang saya ambil ialah Bahasa Cina dengan Pendidikan. Berdasarkan nota yang telah disediakan, saya telah mempelajari pelbagai ilmu pegetahuan yang berkaitan dengan pengurusan pusat sumber sekolah. Pelbagai cara boleh diambil oleh pihak sekolah dalam memupuk tabiat pelajar dalam disiplin pengurusan sumber dan pengahasilan bahan yang menarik dan menciptakan suatu suasana pembelajaran yang produktif. Pengurusan sumber yang cekap dan efisien amatlah penting kerana ini dapat menggalakkan pelajar mencapai kecemerlangan dalam pendidikan dan kemahiran maklumat. Hal ini dikatakan demikian kerana pada zaman pascaglobalisasi ini penggunaan teknologi sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan kita dan negara kita akan mencapai matlamat negara maju khususnya terutamanya dalam bidang pendidikan.

TAJUK : PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

 4 Strategi Utama Ditubuhkan Untuk Pengurusan Pencegahan Dadah

  • Pengurusan & Kepimpinan
  • Kurikulum
  • Kokurikulum
  • Pembentukan Sahsiah
Sasaran Utaman Dalam Pengurusan Pencegahan Dadah
  • Murid
  • Guru
  • Ibu-bapa
  • Kakitangan Sekolah
Faktor Pengambilan Dadah Di Sekolah
  • Faktor Persekitaran
  • Pengaruh Rakan Sebaya
  • Media Massa
  • Kurang Didikan Agama
  • Tekanan Jiwa
  • Tiada atau Kurang Pengetahuan
     Nama saya Adeline Tiong dan saya adalah berasal dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta kursus yang saya ambil ialah Bahasa Cina dengan Pendidikan. Berdasarkan nota yang telah disediakan, saya telah mempelajari pengursan pencegahan dadah di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana isu ini telah lama dipraktikkan di semua sekolah dan sesetengah sekolah telah memperuntukkan sebahagian tindakan dengan mengadakan program-program yang berkaitan kesedaran tentang keburukan dadah di kalangan pelajar. Oleh itu, pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) haruslah diambil berat oleh semua pihak dalam mencapai kejayaan dalam pengurusan pencegahan dadah. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui PPDa dapat menggalakkan pelajar yang menghadapi masalah dalam pencegahan dadah dan juga dapat berkongsi atau mendengar masalah yang mereka hadapi dan mencari cara yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah tersebut.

TAJUK : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Ciri-ciri Murid Bekerperluan Khas Yang Terdapat Di Sekolah
  • Autisme
  • Epilepsi
  • Pintar cerdas dan berbakat
  • Lembam
  • Cerebral Palsy
  • Akalculia ( Diskalculia )
  • Dsleksia
  • Disgrafia
  • Sindrom Down
Kaedah Pengurusan Murid Berkeperluan Khas Di Sekolah
  • Tujuan Pengurusan Murid Berkerperluan Khas
  • Kelas Pemulihan Khas
  • Program Pendidikan Khas Integrasi
  • Program Pendidikan Inklusif
Cabaran Guru Pendidikan Khas Dalam Membantu Perkembangan Murid Berkeperluan Khas
  • Tahap Kompetensi Guru
  • Sokongan Ibu Bapa Yang Terhad
  • Keterasingan Program Pendidikan Khas Dalam Sistem Pendidikan
  • Komitmen Sebagai Guru Pendidikan Khas
  • Kurang Pengalaman dan Pengetahuan Mengurus Bilik Darjah
  • Kemudahan prasarana dan Infrastruktur Yang Terbatas
Konsep Asas Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Khas
  • Strategi dan Pendekatan
  • Kaedah Pengajaran
  • Strategi Pengajaran
  • Teknik Pengajaran
Kaedah Dan Strategi Untuk Membantu Murid-murid Pendidikan Khas
  • Kaedah Tunjuk Cara
  • Kaedah Simulasi
  • Kaedah Bercerita
  • Kaedah Kolaboratif
  • Kaedah Penyelesaian Masalah
     Nama saya Adeline Tiong dan saya adalah berasal dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta kursus yang saya ambil ialah Bahasa Cina dengan Pendidikan. Berdasarkan nota yang telah disediakan, saya telah mempelajari pengurusan pembelajaran, contohnya sebagai seorang guru yang bertanggungjawab haruslah mempunyai kebijaksanaan dalam memilih kaedah pengurusan, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan terbaik untuk digunakan bagi murid yang berkeperluan khas. Selain itu, guru haruslah sentiasa melengkapkan diri sendiri dengan ilmu yang secukupnya dan mempunyai keikhlasan dalam mendidik pelajar di dalam kelas.  Tujuan ini adalah untuk menggalakkan murid-murid menjadi seorang insan yang berfikiran positif, bersikap menerima dan sebagainya. Murid berkeperluan khas ini haruslah diberikan perhatain secara sama rata dalam semua aspek seperti pembangunan model insan, keupayaan dalam meningkatkan keupayaan guru-guru mengajar dan sebagainya.

2021年6月3日星期四

TAJUK : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Cabaran Yang Wujud Dalam Pelbagai Kaum Di Sekolah

  • Kesukaran untuk berkomunikasi antara pelajar berlainan kaum
  • Sukar mewujudkan persefahaman antara pelajar
  • Jumlah pelajar yang ramai menyukarkan guru memberikan fokus sepenuhnya dalam pengurusan pelbagai budaya
Kaedah Pengajaran Yang Boleh Digunakan Oleh Guru untuk Berhadapan Dengan Murid yang Terdiri Daripada Pelbagai Budaya Dalam Kelas Di Sekolah 
  • Melakukan Kumpulan Kecil
  • Pembacaan
  • Kolaboratif Dalam Kalangan Pelajar Perlu Ditekankan Oleh Guru-gur
Langkah Yang Boleh Diambil Oleh Warga Sekolah Agar Konsep Pelbagai Budaya Boleh Difahami Oleh Masyarakat atau Pelajar
  • Mewujudkan kelab yang berkonsepkan pelbagai budaya
  • Mengadakan program atau aktiviti yang berkonsepkan pelbagai budaya
  • Pendekatan pembelajaran yang bersesuaian
Punca Utama Masalah Perpaduan Antara Kaum Di Sekolah 
  • Sistem sekolah vernacular yang masih digunakan ketika ini
  • Sikap negatif guru ketika berada di sekolah
  • Kurangnya interaksi antara pelajar berlainan kaum di sekolah

       Nama saya Adeline Tiong dan saya adalah berasal dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta kursus yang saya ambil ialah Bahasa Cina dengan Pendidikan. Berdasarkan nota yang telah disediakan, saya telah mempelajari pengurusan pelbagai budaya adalah kaedah penyusunan dan perancangan sesebuah kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya.  Pelbagai strategi telah diambil oleh pihak sekolah supaya ini dapat menggalakkan pelajar mempelajari cara faham-memahami antara satu sama lain. Ini adalah bertujuan untuk memupuk toleransi, kesedaran, pemahaman dan pengetahuan yang mengambil kira aspek persamaan dan perbezaan antara budaya yang berbeza. Oleh itu, semua pelajar yang berasal daripada pelbagai kaum boleh memahami dengan mendalam mengenai budaya dan juga adat resam sesuatu kaum. 

TAJUK : PENGURUSAN MURID

 3 Elemen Pengurusan Murid

  • Pengurusan rekod murid
  • Kesediaan pelajar
  • Memotivasikan murid
Pengurusan Rekod Murid Secara Manual ( Offline)
  • Rekod Kutipan Yuran
  • Rekod Prestasi 
  • Rekod Pendaftaran
  • Rekod Kehadiran
  • Rekod Profil 
  • Rekod Kesihatan
Pengurusan Rekod Murid Secara Atas Talian ( Online)
  • Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT)
  • Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
  • Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
Tujuan Pengurusan Rekod Murid 
  • Menyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek
  • Memantapkan sistem pengurusan murid di sekolah
  • Sebagai panduan guru
  • Panduan kepada pelajar
  • Sebagai panduan ibu bapa
Faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar
  • Faktor Pengalaman
  • Faktor Kematangan - fizikal, mental, sosial dan emosi
Langkah-langkah Membantu Kesediaan belajar
  • Isi Kandungan Pembelajaran
  • Alat Bantuan Pengajaran
  • Strategik Pembelajaran
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Motivasi
  • Faktor Kesempurnaan Kendiri
  • Faktor Emosi
  • Suasana Pengajaran dan Pembelajaran
  • Faktor Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif
Implikasi Dalam Memotivasikan Murid
  • Kerisauan
  • Perubahan Sikap
  • Perasaan Ingin Tahu
  • Lokus Kawalan - Lokus Kawalan Dalaman dan Lokus Kawalan Luaran     

        Nama saya Adeline Tiong dan saya adalah berasal dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta kursus yang saya ambil ialah Bahasa Cina dengan Pendidikan. Berdasarkan nota yang telah disediakan, saya telah mempelajari pengurusan murid merangkumi pelbagai aspek yang berbeza seperti merekod murid, persediaan murid untuk belajar dan memotivasikan murid-murid di sekolah. Oleh itu, pengurusan murid merupakan perkara yang penting dalam sekolah kerana ini dapat mencerminkan prestasi sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana pengurusan murid mempunyai kaitan yang rapat dengan usaha untuk melahirkan generasi muda yang berupaya pada masa akan datang. Semua pihak perlu bekerjasama untuk mendorong pengurusan murid yang dapat meningkatkan prestasi para anak muda di negara Malaysia kita.


TAJUK : PENGURUSAN DISIPLIN & TINGKAH LAKU

 Faktor Yang Mendorong Kepada Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

  • Faktor ibu bapa - tidak memainkan peranan dalam mendidik disiplin anak-anak, pemberian teknologi canggih tanpa pengawalan dari ibu bapa dan tiada masa untuk memberi perhatian kepada anak-anak.
  • Faktor rakan - pengaruh rakan sebaya 
  • Faktor diri sendiri - kurang motivasi untuk belajar, beranggapan menimba ilmu adalah tidak penting.
  • Faktor guru - segelintir guru yang tidak mahu membaiki kaedah mengajar, tidak memberikan perhatian kepada pelajar dan menghina pelajar dengan kata-kata yang kesat tanpa memberikan nasihat.
  • Faktor laman sosial - pelajar "ketagihan" melayari laman sosial, perkara dan budaya tidak elok yang disebarkan di dalam media sosial dan budaya berasala dari Barat mengancam minda pelajar yang umur setahun jagung.
Cabaran-cabaran Dalam Mendisiplinkan Pelajar Di Sekolah
  • Cabaran mendisiplinkan pelajar meningkat dewasa
  • Cabaran menerima kritikan ibu bapa
  • Cabaran dihadapi oleh pengawas

Langkah-langkah Mengurangkan Masalah Disiplin Yang Berlaku Dalam Kalangan Pelajar Di Sekolah
  • Program ceramah disiplin
  • Tindakan disiplin
  • Pendidikan keselamatan & perlindungan diri
  • Permuafakatan ibu bapa, sekolah dan masyarakat
  • Permantapan pengurusan kaunseling
  • Konsep sekolah penyayang

        Nama saya Adeline Tiong dan saya adalah berasal dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta kursus yang saya ambil ialah Bahasa Cina dengan Pendidikan. Berdasarkan nota yang telah disediakan, saya telah mempelajari pengurusan disiplin dan tingkah laku melalui garis panduan seperti kewujudan sistem sahsiah diri murid (SSDM), peraturan-peraturan pelajar (disiplin), sekolah 1959 dan juga surat pekeliling khas. Bagi faktor yang mendorong masalah disiplin pelajar ialah faktor diri, faktor ibu bapa, faktor guru, faktor rakan dan faktor laman sosial. Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam mendisiplinkan pelajar di sekolah ialah cabaran pematangan pelajar, cabaran kritikan ibu bapa dan cabaran pengawas. Oleh itu, pelbagai langkah boleh diambil oleh pihak sekolah untuk mengurangkan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah ialah ceramah, tindakan hukuman, pendidikan keselamatan, kerjasama semua pihak, peranan pihak kaunseling dan konsep sekolah penyayang. 

TAJUK : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

 Apakah Langkah Yang Dijalankan Oleh Guru Dalam Proses Bimbingan Kaunseling ?

  • Proses membina hubungan antara kaunselor dan klien
  • Proses penstrukturan
  • Proses penerokaan masalah
  • Proses memilih alternatif penyelesaian dan tindakan
  • Proses penamatan dan susulan

Apakah Usaha Pihak Kaunseling Dalam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Unit Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah ?
  • Mengadakan hubungan yang lebih erat dengan ibu bapa
  • Unit bimbingan dan kaunseling di sekolah hendaklah bekerjasama dengan pihak pentadbir dan guru di sekolah
Apakah Cara Yang Terbaik Dan Efektif  Dalam Menasihatkan Pelajar Agar Dapat Meningkatkan Tahap Etika Dan Disiplin Pelajar ?
  • Melalui peranan yang dimainkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah
  • Melalui aktiviti kaunseling yang beretika seperti sesi kaunseling secara individu
  • Melalui pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

         Nama saya Adeline Tiong dan saya adalah berasal dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta kursus yang saya ambil ialah Bahasa Cina dengan Pendidikan. Berdasarkan nota yang telah disediakan, saya telah mempelajari pengurusan penasihatan murid adalah melibatkan beberapa elemen yang penting seperti bimbingan, penasihatan dan juga mentoring. Cara pendekatan yang berbeza ini bersesuaian dengan kepelbagaian sikap dan peribadi para pelajar yang berbeza. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab perlu terlibat dalam pengurusan penasihatan sahaja tetapi juga guru tersebut perlu sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana guru tersebut boleh memberi bimbingan dan nasihat kepada para pelajar dalam mendepani setiap masalah yang berkaitan di dalam atau di luar kawasan sekolah yang dihadapi oleh pelajar. 

2021年5月28日星期五

TAJUK : PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

Apakah Bilik Pembelajaran ?
Bilik pembelajaran merupakan bilik khas iaitu selain daripada bilik darjah yang disediakan mengikut jenis mata pelajaran. Sebagai contoh, makmal sains, makmal komputer, bilik musik, bilik Bahasa dan sebagainya.

Proses Dan Tujuan Bilik Pembelajaran
Proses bilik pembelajaran adalah yang melibatkan penyusunan fizikal yang berubah-ubah mengikut jenis mata pelajaran. Tujuan bilik pembelajaran ialah memberikan kemudahan kepada guru dengan adanya pelbagai alat bantu pembelajaran yang disediakan di dalam bilik pembelajaran. 

Contoh Pengurusan Bilik Pembelajaran
  • Kedudukan kerusi dan meja selalunya tidak berubah dan dibiarkan mengikut susunan yang telah ditetapkan mengikut kesesuaian setiap jeni bilik pembelajaran. Contohnya seperti kebanyakan makmal, bengkel dan bilik khas meja dan kerusi disusun mengikut kumpulann.
  • Disiplin pelajar diikat dengan peraturan yang ditetapkan dalam bilik pembelajaran kerana wujudnya alat pembelajaran atau radas yang memerlukan penggunaan yang baik serta memiliki peraturan penggunaan bilik yang tersendiri.
  • Tidak semua sekolah mempunyai bilik pembelajaran terutamanya di luar bandar. 
Jenis-jenis Bilik Pembelajaran
  • Makmal Komputer
  • Bilik PSS
  • Bilik Seni
  • Bilik Jahitan
  • Bilik Masakan 
  • Bilik Elektronik
  • Makmal Sains
  • Bilik Tayangan/Media
    Nama saya Adeline Tiong dan saya adalah berasal dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta kursus yang saya ambil ialah Bahasa Cina dengan Pendidikan. Berdasarkan nota yang telah disediakan, saya telah mempelajari pengurusan bilik pembelajaran merupakan salah satu strategi dan tindakan yang digunakan untuk mengekalkan peraturan dan suasana bilik pembelajaran yang baik. Jenis-jenis bilik pembelajaran ialah Makmal Sains, Makmal Komputer, Bilik Muzik, Makmal Fizik, Makmal Kimia dan lain-lain. Oleh itu, bilik-bilik pembelajaran merupakan salah satu tempat yang sesuai digunakan oleh guru dan pelajar bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Alatan-alatan juga perlulah sentiasa disediakan untuk memenuhi kehendak pelajar dan mata pelajaran yang akan diajar serta perkara ini sangat penting bagi memastikan pelajar dapat belajar dalam sesuatu keadaan yang selesa tanpa sebarang gangguan. 

TAJUK : PENGURUSAN BILIK DARJAH

Amalan Pengurusan Bilik Darjah

1. Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai para guru perlu menjalinkan hubungan interpersonal dengan murid

2.   Perlu membentuk suasana pembelajaran yang positif pelajari tentang murid

3.   Merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian

4.   Menyusun atur sumber dan fasiliti bilik darjah

5.   Merancang dan menyusun pengajaran dan pentaksiran


Pengurusan Persekitaran Bilik Darjah ( Fizikal )

  • Membenarkan guru memantau dengan mudah & cepat

  • Kedudukan guru berhampiran murid

  • Pemandangan murid jelas dan tidak terhalang

  • Ruang pergerakan yang selesa

  • Mempunyai akses mudah kepada sumber pembelajaran

Pengurusan Persekitaran Bilik Darjah ( Psikososial )

  • Guru sebagai fasilitator

  • Menimbulkan persekitaran saling mempercayai dan menghormati

  • Percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk berjaya

  • Menunjukkan contoh teladan yang baik

  • Menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang selamat & seronok

Pengurusan Bilik Darjah ( Emosi )

  • Guru yang bersifat demokratik mempengaruhi emosi pelajar

  • Memuji pelajar dengan cara baik

  • Menggalakan penyoalan daripada pelajar

  • Menerima pendapat pelajar

Pengurusan Bilik Darjah ( Teknikal ) 

  • Kemahiran guru dalam penggunaan bahan bantu pelajan

  • Kejelasan suara

  • Gaya guru mengajar

  • Fleksibiliti iaitu tidak membosankan


Pengurusan Bilik Darjah ( Kemanusian )
  • Merangkumi sifat kasih saying

  • Guru tidak memberi arahan dengan keputusan sendiri

  • Bersikap adil terhadap semua pelajar

  • Bertimbang rasa    

    Nama saya Adeline Tiong dan saya adalah berasal dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta kursus yang saya ambil ialah Bahasa Cina dengan Pendidikan. Berdasarkan nota yang telah disediakan, saya telah mempelajari pengurusan bilik darjah ialah salah satu cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, sususnan fizikal dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah. Bagi pengurusan bilik darjah adalah memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra serta dapat mengurangkan masalah tingkah laku. Oleh itu, pengurusan bilik darjah melibatkan proses penyusunan fizikal, menggalakkan komunikasi antara pelajar dengan guru dan juga interaksi antara murid. Tujuan pengurusan bilik darjah ialah untuk memudahkan cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas. 

TOPIK : PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT

  Aspek Kesihatan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Kelab Doktor Muda Program Minda Sihat Program Kotak  Pemerikasaan Sekolah Bebas Pembiakan...