Apakah Langkah Yang Dijalankan Oleh Guru Dalam Proses Bimbingan Kaunseling ?
- Proses membina hubungan antara kaunselor dan klien
- Proses penstrukturan
- Proses penerokaan masalah
- Proses memilih alternatif penyelesaian dan tindakan
- Proses penamatan dan susulan
Apakah Usaha Pihak Kaunseling Dalam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Unit Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah ?
- Mengadakan hubungan yang lebih erat dengan ibu bapa
- Unit bimbingan dan kaunseling di sekolah hendaklah bekerjasama dengan pihak pentadbir dan guru di sekolah
Apakah Cara Yang Terbaik Dan Efektif Dalam Menasihatkan Pelajar Agar Dapat Meningkatkan Tahap Etika Dan Disiplin Pelajar ?
- Melalui peranan yang dimainkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah
- Melalui aktiviti kaunseling yang beretika seperti sesi kaunseling secara individu
- Melalui pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Nama saya Adeline Tiong dan saya adalah berasal dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta kursus yang saya ambil ialah Bahasa Cina dengan Pendidikan. Berdasarkan nota yang telah disediakan, saya telah mempelajari pengurusan penasihatan murid adalah melibatkan beberapa elemen yang penting seperti bimbingan, penasihatan dan juga mentoring. Cara pendekatan yang berbeza ini bersesuaian dengan kepelbagaian sikap dan peribadi para pelajar yang berbeza. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab perlu terlibat dalam pengurusan penasihatan sahaja tetapi juga guru tersebut perlu sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana guru tersebut boleh memberi bimbingan dan nasihat kepada para pelajar dalam mendepani setiap masalah yang berkaitan di dalam atau di luar kawasan sekolah yang dihadapi oleh pelajar.
没有评论:
发表评论