Apakah Bilik Pembelajaran ?
Bilik pembelajaran merupakan bilik khas iaitu selain daripada bilik darjah yang disediakan mengikut jenis mata pelajaran. Sebagai contoh, makmal sains, makmal komputer, bilik musik, bilik Bahasa dan sebagainya.
Proses Dan Tujuan Bilik Pembelajaran
Proses bilik pembelajaran adalah yang melibatkan penyusunan fizikal yang berubah-ubah mengikut jenis mata pelajaran. Tujuan bilik pembelajaran ialah memberikan kemudahan kepada guru dengan adanya pelbagai alat bantu pembelajaran yang disediakan di dalam bilik pembelajaran.
Contoh Pengurusan Bilik Pembelajaran
- Kedudukan kerusi dan meja selalunya tidak berubah dan dibiarkan mengikut susunan yang telah ditetapkan mengikut kesesuaian setiap jeni bilik pembelajaran. Contohnya seperti kebanyakan makmal, bengkel dan bilik khas meja dan kerusi disusun mengikut kumpulann.
- Disiplin pelajar diikat dengan peraturan yang ditetapkan dalam bilik pembelajaran kerana wujudnya alat pembelajaran atau radas yang memerlukan penggunaan yang baik serta memiliki peraturan penggunaan bilik yang tersendiri.
- Tidak semua sekolah mempunyai bilik pembelajaran terutamanya di luar bandar.
Jenis-jenis Bilik Pembelajaran
- Makmal Komputer
- Bilik PSS
- Bilik Seni
- Bilik Jahitan
- Bilik Masakan
- Bilik Elektronik
- Makmal Sains
- Bilik Tayangan/Media
Nama saya Adeline Tiong dan saya adalah berasal dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta kursus yang saya ambil ialah Bahasa Cina dengan Pendidikan. Berdasarkan nota yang telah disediakan, saya telah mempelajari pengurusan bilik pembelajaran merupakan salah satu strategi dan tindakan yang digunakan untuk mengekalkan peraturan dan suasana bilik pembelajaran yang baik. Jenis-jenis bilik pembelajaran ialah Makmal Sains, Makmal Komputer, Bilik Muzik, Makmal Fizik, Makmal Kimia dan lain-lain. Oleh itu, bilik-bilik pembelajaran merupakan salah satu tempat yang sesuai digunakan oleh guru dan pelajar bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Alatan-alatan juga perlulah sentiasa disediakan untuk memenuhi kehendak pelajar dan mata pelajaran yang akan diajar serta perkara ini sangat penting bagi memastikan pelajar dapat belajar dalam sesuatu keadaan yang selesa tanpa sebarang gangguan.
没有评论:
发表评论