Faktor Yang Mendorong Kepada Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar
- Faktor ibu bapa - tidak memainkan peranan dalam mendidik disiplin anak-anak, pemberian teknologi canggih tanpa pengawalan dari ibu bapa dan tiada masa untuk memberi perhatian kepada anak-anak.
- Faktor rakan - pengaruh rakan sebaya
- Faktor diri sendiri - kurang motivasi untuk belajar, beranggapan menimba ilmu adalah tidak penting.
- Faktor guru - segelintir guru yang tidak mahu membaiki kaedah mengajar, tidak memberikan perhatian kepada pelajar dan menghina pelajar dengan kata-kata yang kesat tanpa memberikan nasihat.
- Faktor laman sosial - pelajar "ketagihan" melayari laman sosial, perkara dan budaya tidak elok yang disebarkan di dalam media sosial dan budaya berasala dari Barat mengancam minda pelajar yang umur setahun jagung.
Cabaran-cabaran Dalam Mendisiplinkan Pelajar Di Sekolah
- Cabaran mendisiplinkan pelajar meningkat dewasa
- Cabaran menerima kritikan ibu bapa
- Cabaran dihadapi oleh pengawas
Langkah-langkah Mengurangkan Masalah Disiplin Yang Berlaku Dalam Kalangan Pelajar Di Sekolah
- Program ceramah disiplin
- Tindakan disiplin
- Pendidikan keselamatan & perlindungan diri
- Permuafakatan ibu bapa, sekolah dan masyarakat
- Permantapan pengurusan kaunseling
- Konsep sekolah penyayang
Nama saya Adeline Tiong dan saya adalah berasal dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta kursus yang saya ambil ialah Bahasa Cina dengan Pendidikan. Berdasarkan nota yang telah disediakan, saya telah mempelajari pengurusan disiplin dan tingkah laku melalui garis panduan seperti kewujudan sistem sahsiah diri murid (SSDM), peraturan-peraturan pelajar (disiplin), sekolah 1959 dan juga surat pekeliling khas. Bagi faktor yang mendorong masalah disiplin pelajar ialah faktor diri, faktor ibu bapa, faktor guru, faktor rakan dan faktor laman sosial. Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam mendisiplinkan pelajar di sekolah ialah cabaran pematangan pelajar, cabaran kritikan ibu bapa dan cabaran pengawas. Oleh itu, pelbagai langkah boleh diambil oleh pihak sekolah untuk mengurangkan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah ialah ceramah, tindakan hukuman, pendidikan keselamatan, kerjasama semua pihak, peranan pihak kaunseling dan konsep sekolah penyayang.