Amalan Pengurusan Bilik Darjah
1. Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai para guru perlu menjalinkan hubungan interpersonal dengan murid
2. Perlu membentuk suasana pembelajaran yang positif pelajari tentang murid
3. Merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian
4. Menyusun atur sumber dan fasiliti bilik darjah
5. Merancang dan menyusun pengajaran dan pentaksiran
Pengurusan Persekitaran Bilik Darjah ( Fizikal )
Pengurusan Persekitaran Bilik Darjah ( Psikososial )
Pengurusan Bilik Darjah ( Emosi )
Pengurusan Bilik Darjah ( Teknikal )
Pengurusan Bilik Darjah ( Kemanusian )
Nama saya Adeline Tiong dan saya adalah berasal dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta kursus yang saya ambil ialah Bahasa Cina dengan Pendidikan. Berdasarkan nota yang telah disediakan, saya telah mempelajari pengurusan bilik darjah ialah salah satu cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, sususnan fizikal dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah. Bagi pengurusan bilik darjah adalah memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra serta dapat mengurangkan masalah tingkah laku. Oleh itu, pengurusan bilik darjah melibatkan proses penyusunan fizikal, menggalakkan komunikasi antara pelajar dengan guru dan juga interaksi antara murid. Tujuan pengurusan bilik darjah ialah untuk memudahkan cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas.